Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
15 Ogo 2009
Posted by FauzanLazi

Lagu Baru...Pls Check Sound n Full Volume ur Speaker...hahah


lagu nie lagu sound track dr filem "Tunang Pak Dukun"....best ooo lagu nie
raso seporti balik ke nogoghi sombilan....biaso lah anak jati nogoghi sembilan kan...
tp omak den lahh....den anak jati selangor..selangor totap selangor...hahahah
teraso mengibau2 telingo den nie...raso tonang jo den dongar lagu nie...hahaha...
kepado yang x paham apo yang lagu nie merepek...aaaahhh nie dio...bahaso
minangkabau...den sebonar eh pown xpaham....tp cam owang puteh lahh...
paham ckit2...tapi yang klako nyo lagu ketigo 2...siap ado rapping...jangan salah sangko...
rapping nie sebonar nyo dah lamo bertapak kek malaysia nie...kito jo x taw...
yang mulo2 rapping aaaahhh..nie dio...owang minang...hahahaha
so enjoy lahh lagu2 nie k....

11 Ogo 2009
Posted by FauzanLazi

cerita kedai kopi
malique feat salam

terlalu banyak kedai kopi aku menyanyi
ditemani teko berasap dan bau wangi
ditemani cahaya malam dan lagu raggae
hayati … salam …

masing2 ada masalah sendiri
masalah dunia masalah peribadi
luahkan jangan simpan dalam hati
boleh cerita di kedai kopi

cerita kedai kopi x2
tiada hakim tiada saksi
cerita sensasi di kedai kopi

ada satu hero melayu , namanya rahsia
dulu lepak tepi parit kampung
sekarang lepak media massa

asal boleh masuk tv dia mesti buat
awek tengok jambu laki tengok meluat
citarasa makin besar otak makin ketat
baru angkat berat sikit baju pun dah sendat

jalan berkepak dengan awek romantis
biasalah budak baru nak naik jadi artisx2

jaguh ku pelakon jamban ke belakang malam
bila show menyanyi seorang pun tak faham

cerita kedai kopi x2
tiada hakim tiada saksi
cerita sensasi di kedai kopi

terima kasih rahsia diterima
kalau sunyi lagi boleh main gila
datin kena taruh rahsia kemaruk
makan boleh tapi jangan sampai kena lauk

dato pegi london lama ku carilah balik
bini buncit sikit tahu dia tak boleh la naik
dato pegi london dia tahu carilah balik
bini dan anak percuma dah ada penyakit

apa kesudahannya apa yang terjadi
rahsia tiga rahsia takkan masuk tv lagi
cerita sensasi dengar di kedai kopi
setiap individu punye versi sendiri

masing2 ada masalah sendiri
masalah dunia masalah peribadi
luahkan jangan simpan dalam hati
boleh cerita di kedai kopi

cerita kedai kopi x2
tiada hakim tiada saksi
cerita sensasi di kedai kopi

terlalu banyak kedai kopi aku menyanyi
ditemani teko berasap dan bau wangi
ditemani cahaya malam dan lagu raggae
hayati … malique

hamba di Belanda di tengah ibukota ,
temanku salam trademark bawa mahkota
anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
rindu nak dengar cerita kopi Malaysia

aku cerita dia ketawa, tak kering gusi jatuh kerusi
dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
di Eropah orang bentang idea topik topik intelektual di diskusi
anjakan paradigma , bila kena kopi semakin harmony
raggae sampai pagi keluar kedai kopi yang sedang masih steady

cerita kedai kopi x2
tiada hakim tiada saksi
cerita sensasi di kedai kopi

terlalu banyak kedai kopi aku menyanyi
ditemani teko berasap dan bau wangi
ditemani cahaya malam dan lagu raggae
hayati …

2 Ogo 2009
Posted by FauzanLazi

FILEM SETEM




Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya.

Tahun 2008
Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan. Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut.

Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium.

Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau.

Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello. Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander.


p/s : so aku dah tgk cyte td...kat Pavilion...mmg best cyte die...sampai xkering gusi aku
gelak...tambah afdlin shauki,sathia,rashidi,harun salim bachik...mmg best lah..
rugi klo korang xg tengok....so klo nak taw cyte selanjutnya....kene lah g wayang...
tgk sendiri...klo korang xnak g wayang xpe...2ggu lah lagi 4 bulan baru cyte nie
kuar dvd...k caw...